Thursday 2 October 2014

Resepi roti bun

Bismillahirrahmanirrahim...

sebelom ape2 kite nak bagitahu ni..bulan ni promosi ESP (Energy Soy Protein) beli 6 PERCUMA 1..erti kata lain beli 6 awak dapat 7! boleh buat stok setahun dan xpayah nak pk2 repeat order. pastu dpt free membership plak tu...berbaloi2..klik untuk kebaikan ESP

okeh..cerita semalam..macam tak caya je saya membaking..ahaks. Actually dah lama sgt rasa nak buat roti bun mini sarang lebah ni sebab tgk kawan-kawan fb dok post2 resepi tu..meleleh ayaq liuq nooo..huhuu.

tapi rupa paras mini bun saya ni idok le secantik orang pro...so...ni lah rupanya...taraaa!! hehee


Kebetulan keluarga abang lak datang malam semalam..boleh la kami makan sama2. Acan makan roti saje..xpandang dah nasik n lauk pauk. 

ni gambar dia belasah mini bun kat rumah dia.aku bagi bekal bawak balik semalam

Sedap lah kot yek nojah buat?ahaha..perasan pulak. Tapi kene baiki lagi laa rotinye xbpe lembut..kurang belasah doh agaknye..nak cepat pon ye gak si kecik habib muhammad dok nangih dlm bilik.

Ni saya tepek resepi mini bun sarang lebah yang saya ambil dari fb Lydia Honey melalui fb Tahrunnisah Jali...ada beberapa bahan yg saya edit skit sbb ikut apo yang ado kek umah yo..hahaa

DOH✏
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam
+-**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka
1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.
INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.
NOTE:- 1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.
BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

ni antara gambo2 yang sempat di snap..hok lain xsempat...maklumlah orang bukan pro meroti2 ni..hihii




butterscoth ni saya guna gula pasir je sebab xde plak gula perang
gula tu saya cairkan dl panas atas api sampai keperangan..then masukkan butter yg dah dicairkan tu lepastu ikut la step2 seterusnya. Jadi gak la warna perang kan..myb xbpe cantik banding guna gula perang kot

ok selamat mencuba!!

nak try makan vitamin2 shaklee?boleh hubungi saya atau isi borang pesanan dibawah skali tu..
atauanda nak cuba barangan dari produk shaklee yang lain?atau nak jadi ahli?hubungi saya,,jangan segan2 ;)

Saya adalah pengedar sah shaklee no.id 954455
HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT ATAU URUSAN PEMBELIAN
Sharifah Khadijah bt Syed Nadzir Al-Yahya
0193308997
shkhadijahyahya@gmail.com
sh_khadijah@yahoo.com