Wednesday 26 November 2014

Penuras air paling MURAH

Puas selama ni cari penuras air yang murah-murah aja, yang senang dibawa ke sana sini. Selalu kan kalau pergi bercuti kene beli air botol. takkan nak bawak bekal air dari rumah berbotol2 pula kan? Tapi xnak la yang harga ribu-ribu tu..haa




APA YANG ADA DI DALAM AIR ANDA???

Bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan anda sebenarnya boleh hadir dalam air minuman keluarga. 

Logam berat, Pencemaran industri, racun perosak, bahan cemar merbahaya  ini boleh memasuki bekalan air kita. 

Menurut America Syarikat agensi perlindungan alam sekitar, air yang kita minum adalah bertanggungjawab sehingga 20% daripada pendedahan plumbum pada manusia.

Jadi...untuk dapatkan air yang bersih serta mudah dibawa kemana-mana saya sarankan kita guna WATER PITCHER SHAKLEE

MEMPERKENALKAN...WATER PITCHER SHAKLEE!!


GET CLEAN WATER adalah revolusi baru- penapisan sistem water-filtration pitcher disahkan oleh PERSATUAN KUALITI AIR (WQA) untuk mengurangkan sehingga 99% lead, serta berpuluh-puluh bahan pencemar lain yang boleh hadir dalam air kita.

MULTIPATENTED GET CLEAN WATER  menggunakan blok pepejal carbon untuk menapis dan membersihkan air

Setiap satu karbon penapis boleh menapis sehingga 80 gelen (302 L) air dan satu set ini didatangkan dengan 4 karbon filter.

Maka satu set Water Pitcher ni boleh turas 1208 L!! So korang agak2 la berapa lama boleh tahan sebab tiap keluarga tak sama bilangan ahli nya kan.

Yang penting korang hanya perlu tukar karbon filter sahaja. Lepas 4 karbon tu dah habis pakai semua korang boleh beli karbon sahaja dari shaklee atau melalui saya pon boleh. Tak perlu beli satu set dah.



PERBEZAAN SHAKLEE WATER PITCHER

jom tengok apa beza shaklee dan brand lain


APA KATA MEREKA YANG DAH GUNA?





Anda berminat untuk memiliki set WATER PITCHER SHAKLEE??

Harga retail : RM 460 (semenanjung Malaysia)
         RM483 (Sabah Sarawak)


Nak diskaun? InshaAllah boleh kalau korang pandai bodek saya.hehee

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee anda 
Sharifah Khadijah Bt Syed Nadzir Al-yahya
No.id :954455
No tel :0193308997
emel : shkhadijahyahya@gmail.com

Jom join bisnes dengan saya!









Thursday 20 November 2014

Selalu Rasa Tegang Leher Boleh Buat Anda Migrain! | healthynconfident

Pasti ramai yang selalu rasa tegang urat leher..lebih-lebih lagi mereka yang selalu menghadap komputer atau telefon bimbit! Sakit ni boleh buatkan kita selalu mendapat migrain..berjangkit-jangkit pula sakitnya kan?

Tahu tak bahawa Omega mampu melegakan sakit-sakit urat leher ni? selain itu ada banyak lagi manfaat yang kita boleh dapat .. jom baca! 

Kelebihan Omega Guard Shaklee :

Minyak ikan terbaik di dunia. Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin,mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan.. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Shaklee Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mempunyai rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA,, ALA, dan banyak lagi

Satu sajian Shaklee Omega Guard membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA. Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah kandungan nutrient malah  tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Shaklee Omega Guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl) iaitu bahan kimia industri yang sangat bertoksik.

Manfaat Utama Shaklee Omega Guard :


  1. Asid lemak - Omega 3 merupakan asid lemak penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu kita perlu mengambilnya  dari pemakanan. Omega 3 dari asas tumbuhan tidak dapat ditukar kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan.Omega 3 membantu merembeskan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul dari punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan
  2. Mencegah penyakit salur darah dan stroke - DHA dan EPA boleh menentang Thrombosis , tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melancarkan aliran darah didalam salur darah. maka ia berkesan dalam membantu tekanan darah kembali normal, dan ketegangan epala. Ia juga merendahkan kolestrol dan menghindar pembekuan darah.
  3. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  4. meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru (memperbaiki alahan kulit, psoriasis,dmam hay, bronkitis, asthma, hepatitis, SLE ( Lupus Erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  5. Menentang cancer - kajian menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru,prostat , payudara dan kolon
  6. Memelihara fungsi sendi (arthritis) - paras asid lemak Omega larut dalam tisu rawan. Oleh itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Omega-3 juga  memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effektif.
  7. Mencegah imsomnia dan melegakan tekanan - kajian telah menunjukkan DHA dan EPA mampu menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental.


Antara senaman sakit leher :


Omega Guard Shaklee omega-3 terbaik dunia!


Berminat untuk dapatkan Omega Guard Shaklee?
Hubungi saya pengedar sah Shaklee anda (no.id 954455)
0193308997
Sharifah Khadijah Bt Syed Nadzir
shkhadijahyahya@gmail.com

Penghantaran terus kerumah anda!

Rumah Tangga Bahagia Selamanya | healthynconfident

PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG
1. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT.

2. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

3. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

4. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

5. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

7. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.

8. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.

9. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.

10. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.

11. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

12. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi.

Tuesday 18 November 2014

BAJU BAU BUSUK BILA MAK LUPA SIDAI KAIN | healthynconfident

OMG!! mak lupa sidai kain yang dah dimesin semalam....

alkisah mak byk no lah keje sampai terlupa sidai kain..seharian kain dalam mesin yang dah dibasuh tapi xsidai dek omak...

Aduuhaii dalam hati omak abisla nak kene basuh lg skali sebab pasti ade BAU TENGIK yg xbest kalau sidai gak tanpa dibasuh kali kedua..DANNN sudah tentu bertambah byk bj yg nak dibasuh bercampur dengan harini punye lak lagi

Sudah nye mak cube gak sidai baju2 itu tanpa dibasuh lagi..(saje la nak cube nasib kot2 xde bau TENGIK tu..maka  tak payah la nak basuh lagi)

Mula2 sidai tu dah bau baju2 tu..mmg xde bau tengik.tapi dalam hati ahhh jap lg bila dh kering berbau la tu..tensionnye!

Ok bila dah kering baju2 tu semua...dann..jeng jeng jeng! TIADA BAU TENGIKK! Siap suruh suami bau lagi u tuk pengesahan..dia pon kata xde bau tengik tu.

wah mak bersyukur alhamdulillah...yeay xpayah basuh baju lagi...^_^

Mak gune sabun Get Clean Fresh Laundry dan Get Clean Soft Fabric dari shaklee aje...bertuah mak tau !

Mak2 kat luar kalau nak try sabun ni boleh contact saya ye.saya boleh pos kat awak2 semua ^_^

Sharing is caring ^_^

Sharifah khadijah
0193308997
shkhadijahyahya@gmail.com


Wednesday 12 November 2014

Tips anak genius cara Islam | healthynconfident [.com]

Tgh susukan baby kecil tadi mengelamun..terfikir bagaimana nak didik anak supaya genius dari kecil. Tiba-tiba dapat msg watsapp forward dari group family.

Jom baca ;)

"Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...
Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....
Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...
Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita...Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....

Bagaimana ia berlaku?
Ok, logika dan saintifiknya begini...Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...
Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...
Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!
Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).
Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran... Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad....

Manusia zaman sekarang, kemudahan merujuk sesuatu itu sangat hebat, misalnya google, sekali klik, keluar macam-macam maklumat. Tapi manusia bukannya semakin pandai, sebaliknya semakin bodoh.Ini kerana, manusia yang muslim khususnya pada zaman ini, mereka meninggalkan pembacaan Al-Quran...Di fb mereka mungkin Islamik, dengan jubah, serban, kopiah, purdah...

Berdebat sana-sini, berhujah sana-sini, bagi pendapat sana-sini....Status tiap hari mesti Islamik-islamik....
Tapi sejujurnya, berapa juzuk Al-Quran kau baca setiap hari? Itu antara kau dan Allah, kau boleh tipu manusia, tapi kau tak boleh tipu Allah dan diri kau sendiri....
Jangan kita gembira dengan kemunafikan kita, kerana itulah tandanya kita seorang munafik yang sebenar.

Anyway, semasa saya belajar di madrasah dulu, setiap pagi, kami diwajibkan membaca surah Yassin selepas solat Subuh, kemudian diwajibkan pula untuk membaca 1 juzuk Al-Quran setiap hari. Setiap 30 hari, kami akan khatam Al-Quran. Aktiviti inilah yang paling "tidak disukai" para pelajar, sebab waktu tu sangat mengantuk. Tapi mereka tidak faham, mengapa ulama anjurkan pembacaan Al-Quran selepas Subuh.PALING KURANG, kita diarahkan Rasulullah untuk baca surah Yassin pada setiap pagi.

Satu lagi, seeloknya, bila kita baca Al-Quran, bacalah surah yang jarang kita baca dan mulakan dengan tertib dari mula hingga khatam. Jika kita hanya baca surah lazim yang kita sudah hafal, otak kita sudah biasa dengan ayat itu dan kadar tenaga yang digunakan otak tu tidaklah sebanyak yang digunakan ketika membaca surah yang belum dihafal.
Rahsia mengapa Rasulullah dan para ulama anjurkan baca Quran pada awal pagi ialah kerana, ketika awal pagi, otak kita masih fresh selepas rehat yang panjang (tidur).Jadi untuk mengaktifkannya, kita perlu membaca Al-Quran. Hasilnya, terbentuklah para pelajar madrasah yang genius, boleh menghafal matan-matan Arab, hafal ribuan Hadith, hafal Quran, hafal perbahasan ulama, mampu membaca kitab Arab tanpa baris dengan lancar dan sebagainya yang saya kira agak mustahil untuk dikecapi oleh pelajar akademik sekular (melainkan mereka juga amalkan rutin yang sama).

Note: Saya harap Wahhabi tidak MEMBIDAAHKAN amalan ibadah membaca Al-Quran sambil melihat mushaf...

Maklumlah, kan tiada dalil Nabi pernah baca Al-Quran guna mushaf.
Bahkan zaman Nabi dulu, mushaf Al-Quran seperti yang ada pada kita hari ni pun belum wujud.
Bahkan lagi kalaulah ada sekalipun di zaman Nabi, Nabi tetap tak kan baca guna mushaf sebab Nabi kan ummiy (tak boleh membaca/menulis).

Note 2: Lazimkan pembacaan Al-Quran beramai-ramai dengan suami/isteri dan anak-anak SETIAP PAGI. Berjemaah lebih bagus sebab kita rasa lebih bersemangat dan kebarangkalian untuk istiqamah itu lebih tinggi.

Ini silibus pertama HOME SCHOOLING yang diajar oleh Rasulullah.

-Ibnu Batoota-"

Bagi makanan tambahan pada anak seperti :

• madu
• kismis
• kurma
• vitamin omega ( recommended Omega guard shaklee)
• multivitamin ( recomended mealshake shaklee)

Elakkan bagi makan :

• jajan ( juncfood)
• air kotak
• minuman bercafein

boleh kongsi pengalaman awak tak ye?apa lagi yang tak digalakkan bagi makan pada anak-anak?

Terima kasih berkongsi ! :)

Monday 10 November 2014

Tips Cepat Sembuh Luka Bersalin

Luka bersalin bernanah atau terbuka semula? Ini lah yang saya paling takut! Assalamualaikum, teringin pula nak share pengalaman saya berpantang secara normal dan bedah. Doktor gynea saya (Prof Azurah HUKMSC) kata "..bekas luka saya cantik..pandai awak jaga". Dua-dua saya dah rasa..anak pertama bersalin normal manakala anak kedua dan ketiga bersalin bedah. Jadi saya nak kongsi la tips saya. Kalau malas baca je point tu sebab saya nye elaboration terlebih sudaa
1. Ikut cakap doktor

Make sure ikut cakap doktor iaitu teran hanya bila disuruh supaya luka tak besar dan mudah untuk dijaga (kalau bersalin normal) - klik untuk tips mudah bersalin

Pengalaman bersalin normal saya sangat best walaupun kene tahan dalam labouroom berbelas jam dan sakit contraction yang kuat berbelas jam lah juga. Alhamdulillah bila baby dh keluar rasa lega sangat.siap tertidur lagi! So memang tak rasa apalah masa doktor jahit tu..haha,..punye lah lega. Mana tak nya kan..berbelas jam menahan sakit..rasa nak push je cepat2. Tapi..doktor kata jangan push selagi doktor tak bagi push..katanya takut nanti koyak sampai b*****. Uwaaa!seram..tu yang gigih tahan juga sakit. Dan alhamdulillah doktor tak gunting langsung pon cuma ada koyak sikiit je katanya..ada la jahit sikit dalam 2 jahitan.Pheww!! Tapi dalam tertidur tu sempat gak ngigau siap cakap kat doktor "takpelah doktor..induce pon induce laa".Sengih jek doktor tu. "Induce apa nye sharifah?dah selamat bersalin dahh.."heheee

2. Bergerak seawal 24 jam selepas bedah (kalau normal mmg boleh terus gerak la)

Pengalaman saya, anak no.2 saya gerak lambat. Dua hari lepas bedah baru gerak ke toilet (huhuu takot benor!) tapi memang lambat la luka nak elok..
Anak no.3 lak sehari lepas bedah kira xsampai 24jam saya dah minta nurse bantu nak ke toilet untuk mandi. Alhamdulillah 2 minggu dah boleh jalan laju.

3. Jangan biar luka basah. 

Biase minggu pertama (czer) doktor biarkan luka tu berbalut. So tak la takut nak mandi dan tak perlu lap sebab doktor memang dah spray ubat bagi kering sokmo kat dalam tu. Lepas seminggu boleh la bukak balut tu. Boleh pergi klinik berdekatan untuk buka balut (kes saya suami je yang bukakan balut tu sebab dia pon doktor jadi dia tahu lah nak tengok luka elok ke tak ke)

Bila dah buka balut tu kene jaga betul2 luka tu supaya sentiasa kering. Cara saya,lepas mandi atau rasa berpeluh cepat-cepat lap guna tisu atau kain kering yang bersih. Lepas buang air pon sama. Ada orang kipaskan atau guna hair dryer..hihii tapi saya malas. 

Guna seluar dalam yang besar atas paras luka tu supaya getah tak bergesel dengan tempat luka. Kalau bersalin normal kene rajin dan berani letak ubat kuning yang doktor bagi tu sebab ubat tu boleh mengeringkan kawasan jahitan awak.

4. Jangan angkat benda berat yang melebihi berat bayi anda

Ha ni penting! terutamanya 2 minggu pertama lepas czer. Sebab kita nak jaga juga luka kat dalam tu..kan banyak lapis kene toreh. 1 minggu pertama mak yang mandikan baby saya..hehee.minggu ke dua baru saya belajar2 mandikan sendiri.

5. Tahan perut jika nak batuk atau bersin

Pengalaman saya sepanjang bersalin anak no.3 alhamdulillah takde batuk-batuk. Kalau bersin tu boleh tahan2 tutup idung..hihikk. Tapi anak no.2 saya batuk teruk ...memang rasa sakit sgt. So tiap kali batuk memang kene tekan perut dengan bantal kecik. Saya juga makan nutriferon dan alhamdulillah cepat baik batuk saya tu. (berbotol2 makan ubat batuk xjalan gak..sudahnye lalok je sentiasa)

6. Guna seluar dalam dari kain cotton (mudah serap peluh)

7. Sapu ubat parut lepas 1 bulan atau lebih

Saya guna ubat Dermatic beli dari farmasi. Jangan sapu awal2 sebab luka tu tak pasti lagi dh baik atau dah tertutup betul. Sebaiknya guna selepas checkup gynea ok

8. Makan supplement zink

Zink membantu sebab ia adalah bahan mineral yang penting untuk penyembuhan luka dalaman yang lebih cepat/berkesan disamping ia mengelakkan dari luka awak mendapat sebarang bacterial infection. Ada pakar perubatan kata ambil zink 30mg untuk kesan optimum penyembuhan luka. Saya makan zink dari shaklee sebiji je sehari. Lagi awal makan lagi baguss!

9. Ambil protein

Awak minumlah apa2 jenis protein pon. Bagus untuk bina semula kulit yang cantik so nanti xde la menggurutu luka ceaser tu. Kalau saya suka minum ESP (Energy Soy Protein) ..kulit memang cantik sampai kene puji dengan doktor u!!

For ur info..saya ambil set berpantang shaklee yang awesome!! dan set pantang nonaroguy(luaran sahaja)..dua2 ni best ;)

ok lah..cukup lah tips tu.ade je byk lagi tapi nanti la saya sambung. Mak banyak keje ni nak masak nak layan anak nak sidai baju nak kemas..kang jaga si baby tu nak nyusukan die pulak