Monday 10 November 2014

Tips Cepat Sembuh Luka Bersalin

Luka bersalin bernanah atau terbuka semula? Ini lah yang saya paling takut! Assalamualaikum, teringin pula nak share pengalaman saya berpantang secara normal dan bedah. Doktor gynea saya (Prof Azurah HUKMSC) kata "..bekas luka saya cantik..pandai awak jaga". Dua-dua saya dah rasa..anak pertama bersalin normal manakala anak kedua dan ketiga bersalin bedah. Jadi saya nak kongsi la tips saya. Kalau malas baca je point tu sebab saya nye elaboration terlebih sudaa
1. Ikut cakap doktor

Make sure ikut cakap doktor iaitu teran hanya bila disuruh supaya luka tak besar dan mudah untuk dijaga (kalau bersalin normal) - klik untuk tips mudah bersalin

Pengalaman bersalin normal saya sangat best walaupun kene tahan dalam labouroom berbelas jam dan sakit contraction yang kuat berbelas jam lah juga. Alhamdulillah bila baby dh keluar rasa lega sangat.siap tertidur lagi! So memang tak rasa apalah masa doktor jahit tu..haha,..punye lah lega. Mana tak nya kan..berbelas jam menahan sakit..rasa nak push je cepat2. Tapi..doktor kata jangan push selagi doktor tak bagi push..katanya takut nanti koyak sampai b*****. Uwaaa!seram..tu yang gigih tahan juga sakit. Dan alhamdulillah doktor tak gunting langsung pon cuma ada koyak sikiit je katanya..ada la jahit sikit dalam 2 jahitan.Pheww!! Tapi dalam tertidur tu sempat gak ngigau siap cakap kat doktor "takpelah doktor..induce pon induce laa".Sengih jek doktor tu. "Induce apa nye sharifah?dah selamat bersalin dahh.."heheee

2. Bergerak seawal 24 jam selepas bedah (kalau normal mmg boleh terus gerak la)

Pengalaman saya, anak no.2 saya gerak lambat. Dua hari lepas bedah baru gerak ke toilet (huhuu takot benor!) tapi memang lambat la luka nak elok..
Anak no.3 lak sehari lepas bedah kira xsampai 24jam saya dah minta nurse bantu nak ke toilet untuk mandi. Alhamdulillah 2 minggu dah boleh jalan laju.

3. Jangan biar luka basah. 

Biase minggu pertama (czer) doktor biarkan luka tu berbalut. So tak la takut nak mandi dan tak perlu lap sebab doktor memang dah spray ubat bagi kering sokmo kat dalam tu. Lepas seminggu boleh la bukak balut tu. Boleh pergi klinik berdekatan untuk buka balut (kes saya suami je yang bukakan balut tu sebab dia pon doktor jadi dia tahu lah nak tengok luka elok ke tak ke)

Bila dah buka balut tu kene jaga betul2 luka tu supaya sentiasa kering. Cara saya,lepas mandi atau rasa berpeluh cepat-cepat lap guna tisu atau kain kering yang bersih. Lepas buang air pon sama. Ada orang kipaskan atau guna hair dryer..hihii tapi saya malas. 

Guna seluar dalam yang besar atas paras luka tu supaya getah tak bergesel dengan tempat luka. Kalau bersalin normal kene rajin dan berani letak ubat kuning yang doktor bagi tu sebab ubat tu boleh mengeringkan kawasan jahitan awak.

4. Jangan angkat benda berat yang melebihi berat bayi anda

Ha ni penting! terutamanya 2 minggu pertama lepas czer. Sebab kita nak jaga juga luka kat dalam tu..kan banyak lapis kene toreh. 1 minggu pertama mak yang mandikan baby saya..hehee.minggu ke dua baru saya belajar2 mandikan sendiri.

5. Tahan perut jika nak batuk atau bersin

Pengalaman saya sepanjang bersalin anak no.3 alhamdulillah takde batuk-batuk. Kalau bersin tu boleh tahan2 tutup idung..hihikk. Tapi anak no.2 saya batuk teruk ...memang rasa sakit sgt. So tiap kali batuk memang kene tekan perut dengan bantal kecik. Saya juga makan nutriferon dan alhamdulillah cepat baik batuk saya tu. (berbotol2 makan ubat batuk xjalan gak..sudahnye lalok je sentiasa)

6. Guna seluar dalam dari kain cotton (mudah serap peluh)

7. Sapu ubat parut lepas 1 bulan atau lebih

Saya guna ubat Dermatic beli dari farmasi. Jangan sapu awal2 sebab luka tu tak pasti lagi dh baik atau dah tertutup betul. Sebaiknya guna selepas checkup gynea ok

8. Makan supplement zink

Zink membantu sebab ia adalah bahan mineral yang penting untuk penyembuhan luka dalaman yang lebih cepat/berkesan disamping ia mengelakkan dari luka awak mendapat sebarang bacterial infection. Ada pakar perubatan kata ambil zink 30mg untuk kesan optimum penyembuhan luka. Saya makan zink dari shaklee sebiji je sehari. Lagi awal makan lagi baguss!

9. Ambil protein

Awak minumlah apa2 jenis protein pon. Bagus untuk bina semula kulit yang cantik so nanti xde la menggurutu luka ceaser tu. Kalau saya suka minum ESP (Energy Soy Protein) ..kulit memang cantik sampai kene puji dengan doktor u!!

For ur info..saya ambil set berpantang shaklee yang awesome!! dan set pantang nonaroguy(luaran sahaja)..dua2 ni best ;)

ok lah..cukup lah tips tu.ade je byk lagi tapi nanti la saya sambung. Mak banyak keje ni nak masak nak layan anak nak sidai baju nak kemas..kang jaga si baby tu nak nyusukan die pulak




1 comment:

  1. Moho info, seawal berapa hari bole ambil supplement mcm zinc, vita c. Ada YG ckp Lepas bedah tak boleh ambil supplement, kena tunggu dulu.

    ReplyDelete