1) Supply and Demand
Lebih kerap bayi menghisap maka lebih banyak susu akan terhasil. Kebanyakan ibu2 risau apabila susu ibu sedikit ketika menyusu bayi yang baru dilahirkan. Jangan risau ye ibu2 sebab perut bayi ketika baru lahir sangat kecil iaitu lebih kurang sebesar biji guli (setengah sudu kecil susu) sahaja. Manakala bayi umur 3 hari perutnya sebesar bola ping pong(1 oz) dan bayi umur 10 hari perutnya sebesar telur ayam (1.5 - 2 oz). Jadi kalau bayi baru lahir dapat minum 3-4 titis susu ibu pon telah memadai sebenarnya.
Jangan putus asa sekiranya di awal penyusuan susu keluar sedikit...teruskan penyusuan bayi anda agar susu akan lebih banyak terhasil..ini makan masa juga ya!...mungkin seminggu,dua minggu atau 3 minggu. Ada para ibu yang sungguh bertuah kerana sejurus anak dilahirkan mereka dikurniakan susu badan yang banyak..syukur Alhamdulillah.
haa selit sikit kisah saya pulak lah..hehe
Ini berlaku kepada saya ketika melahirkan anak pertama.Susu badan memang banyak..syukur sangat2. Tapi anak ke dua kurang sikit sebab saya bedah ceaser jadi 3 hari pertama tak dapat menyusukan bayi kerana keadaan sangat tidak selesa dan sakit untuk bergerak atau mengiring..hatta nk pegang baby pon xmampu...so no demand n no supply at that time. Bila discharge hospital dan nak mula menyusu hari ke empat susu susah nak keluar.Actually ada susu keluar sedikit dan sy rasa cukup untuk baby saya..tapi dia masih menangis dan masa tu saya rasa dia xbiasa minum direct breast feed kot.Rasa nak menangis pon ada..cuba juga pump susu tapi pump rosak pulak..mashaAllah rasa besar sgt dugaan..dengan keadaan sy yang masih lemah lagi..bb pulak asyik menangis...makanya suruh la hubby g beli susu formula.Sedih rasa hati bila anak nak kene beri susu formula semula. Tapi sy cuba guna susu botol untuk kelirukan anak saya kemudian bila dia dah rasa ada susu saya beri dia susu badan saya pulak.Maka anak sy just rasa setitik sahaja susu formula tu..Alhamdulillah dia dah boleh menyusu dengan saya sehingga sekarang..sebagai tambahan,saya mengambil supplement dari shaklee...syukur sangat2..
Jika ibu yang bekerja mesti lah rajin dan istikomah dalam mengepam susu badan anda. Tak semestinya juga untuk ibu yang bekerja ya! Ibu yang kekurangan susu atau mahu meyusukan anak semula setelah berhenti menyusu badan juga boleh mempraktikkan kaedah ini bagi menghasilkan susu semula. Baiklah,disini saya berikan tips mengepam susu badan mengikut kaedah yang betul..
- Single pump (cuma guna satu pump) : Pam sebelah kanan 10 minit kemudian rehat 10 minit.Sambung semula pam sebelah kiri 10 minit,kemudian rehat sepuluh minit,dan seterusnya berulang ulang dan teruskan selama satu jam...ini adalah bersamaan dengan satu sesi pumping.
- Double pump (guna dua pump) : pam kedua-dua belah breast serentak selama 10 minit,kemudian rehat 10 minit dan sambung semula pam 10 minit dan seterusnya berulang-ulang selama satu jam
Bila nak buat power pumping ni?? sebaiknya waktu malam menjelang subuh kerana waktu itu hormon susu badan sangat tinggi. Konsistent buat pumping ni sekurang-kurangnya sekali sehari. InshaAllah..simple kan?
3) Amalan-amalan pemakanan yang sihat
- Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
- Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.
- Halba dan jintan hitam(habbatussauda)
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan hitam dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
- Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..
- Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.
- Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.
- Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.
4) Boleh juga cuba ini..
- Bunga melor / daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.
- Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.
kredit to : http://pama.karangkraf.com/
5) Supplement cadangan untuk penyusuan
#banyak sangat??bukan kene ambil semua...pm saya untuk jadual pemakanan supplement mengikut budget dan keperluan anda.saya adalah pengedar sah shaklee ...0193308997..id number : 954455
No comments:
Post a Comment